Bengkel Integrasi Media Dalam P & P: Ke Arah Penjanaan Media Kritis Dan Kreatif

17/01/2012 14:13

Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah berjaya mengadakan bengkel pertama siri LPS JTP bagi tahun 2012. Bengkel Integrasi Media Dalam P & P: Ke Arah Penjanaan Media Kritis Dan Kreatif telah diadakan pada 11 - 12 Januari 2012 bertempat di Makmal Komputer 1. Bengkel  ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pensyarah Cemerlang, Dr Ismail b Md Zain. Bengkel dua hari ini memuatkan 6 slot yang terdiri daripada Konsep Pengintegrasian Media, Pengintegrasian Media Melalui Amalan Pedagogi, Bengkel Amalan Terbaik Integrasi Media Dalam P&P dan diakhiri dengan Persembahan bengkel dan refleksi/cadangan penambahbaikan. Seramai 18 orang pensyarah daripada pelbagai jabatan telah menyertai bengkel tersebut. Secara keseluruhan, semua peserta sangat bermotivasi dan teruja semasa menghadiri bengkel tersebut.